Saturday, April 26, 2014

Ip Man: The Final Fight (2013)

Sunday, June 16, 2013

Bro Nampak Motor Gua Full Movie

4 Tips untuk Membantu Meningkatkan Senarai Peminat Laman Facebook Anda

Thursday, June 13, 2013
   

  Laman Facebook ialah satu alat yang bernilai untuk perniagaan anda, terutamanya jika anda menggunakannya sepenuhnya. Sekiranya anda menggunakan laman Facebook dengan betul, ia boleh membantu membawa trafik yang khusus dan meningkatkan jualan anda. Selain itu, laman Facebook juga boleh membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet dan pada masa yang sama membina penjenamaan anda untuk jangkamasa panjang.
   Tapi bagaimana untuk meningkatkan jumlah peminat anda? Bagaimana untuk mendapatkan mereka menekan butang 'Like' itu?
Terdapat pelbagai strategi berkesan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan jumlah peminat anda di portal Facebook. Di antaranya adalah anda boleh menganjurkan peraduan, berkongsi kisah, mengadakan aktiviti penghargaan pelanggan, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian peminat-peminat anda, dan menggalakkan mereka untuk membawa orang lain ke laman Facebook anda.
   Mari kita lihat 4 tip mudah yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan senarai peminat laman Facebook anda:

1. Minta bantuan daripada kawan-kawan anda
Memulakan laman Facebook adalah mudah. Mendapatkan orang untuk sukakannya dengan menekan butang 'Like' di peringkat awal mungkin agak sukar. Jangan takut meminta bantuan kawan-kawan anda untuk menyokong laman Facebook anda. Minta bantuan mereka untuk turut serta dalam perbincangan di laman anda, dan lakukan perkara yang sama untuk mereka atau berikan mereka publisiti dalam bentuk lain. Lebih mudah untuk meminta bantuan kawan-kawan anda dan anda tidak perlu risau dituduh melakukan 'spamming'. Sekiranya mereka merupakan sahabat sebenar anda, sudah pasti mereka tidak akan keberatan untuk membantu anda.

2. Gunakan sepenuhnya fungsi 'Acknowledgment' dan 'Tagging'
Fungsi 'tagging' dalam status ialah satu alat membina rangkaian yang amat hebat dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan trafik baru ke laman Facebook anda. Jangan takut untuk melakukan 'tag' kepada seorang penulis atau laman Facebook lain yang amat popular untuk mendapatkan perhatian. Namun, lakukan ini jika anda mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya. Jika tidak, anda dengan mudah boleh dituduh sebagai melakukan spamming.

3. Pastikan anda turut serta di luar laman Facebook anda
Lakukan fungsi carian dan direktori Facebook untuk membantu anda mencari laman Facebook lain dalam niche anda. Kemudian cari pula ruang perbincangan lain yang berkaitan yang anda boleh turut serta. Ini adalah cara yang hebat untuk mendapatkan peminat baru ke laman anda. Jika mereka mempunyai minat yang sama seperti anda, sudah pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk menjadi sahabat dan melakukan Like pada laman Facebook anda.

4. Kerjasama dengan pemilik laman Facebook yang lain untuk mengadakan upacara istimewa
Anda boleh berkerjasama dengan pemilik laman yang lain untuk mengadakan upacara istimewa yang boleh menguntungkan peminat-peminat daripada kesemua laman yang terlibat, dan pada masa yang sama mendapatkan pelawat baru yang boleh sukakan laman anda dan menjadi peminat anda. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan sidang konferens secara online yang mengajar pengguna baru bagaimana untuk membina laman Facebook yang berjaya. Ini akan membawa pelawat baru ke semua laman yang turut serta dan mereka boleh menjadi peminat baru anda. Namun anda perlu pastikan kesemua laman Facebook yang anda lakukan kerjasama itu adalah dalam pasaran niche yang sama atau berkait dengan laman anda. Tambahan lagi, upacara yang anda rancang dengan pemilik laman lain perlulah mempunyai kaitan dengan kesemua laman anda.

Itulah dia 4 tip mudah untuk membantu anda meningkatkan jumlah 'Like' dan senarai peminat  di laman Facebook anda .

Kisah 'Orang Tak Betul' dan Teori Superb Beliau

Monday, April 15, 2013



SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.

Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.

Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.

Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.

Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.

Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.

Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.

Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.

Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’ percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!

Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane).

Jadi saya merumuskan, ‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.

Pada hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.

STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.

NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )

MUSIC VIDEO PSY – GENTLEMAN

Sunday, April 14, 2013

psy-gentlemanpsy-gentleman-1
Setelah video klip pertama PSY OPPA GANGNAM STYLE berjaya viral ke seluruh dunia kini PSY kembali dengan video klip baru “GENTLEMAN“, video klip ini yang baru diupload semalam 13 April 2013 telah mencatatkan VIEWS sebanyak 6.9 13 Juta pada hari ini 14 April 2013. Adakah mungkin GENTLEMAN iaitu video terbaru milik PSY mampu menandingi OPPA GANGNAM STYLE???
Saksikan GENTLEMAN…
“Alang Ka Mola…”

Sumber

Gambar Ustaz Azhar Idrus Masa Muda_

Tuesday, March 26, 2013



Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernamaUstaz Azhar Idrus.

Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di 
facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.



Family Ustaz Ahar Idrus kini..

Siapa pun anda pada hari ini, tak menjamin siapa anda pada hari esok. Kalau dulu mungkin ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, anda juga begitu. Jika sekarang anda berada jauh dari Islam, maka berjihrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita. Jangan bertangguh lagi.
 

Info Terbaek Anda Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger